
Dilancarkan pada 16 November 1989, Sheila Majid merupakan penyanyi pertama di Malaysia yang menghasilkan single melalui kaset Bunyi Gitar. Single ini mengandungi lagu-lagu dari album Legenda yang akan datang pada masa itu iaitu Bunyi Gitar & Tiru Macam Saya. Sebanyak 15k unit laris dijual dalam masa 11 hari pertama*1. Lebih menarik lagi, terdapat versi istimewa Bunyi Gitar (Extended Mix) turut dimuatkan dalam single tersebut.
Trivia 🎶 :
- Versi Asal (Original Version)
- Hanya terdapat dalam kaset single
- Tidak pernah dikeluaran dalam mana-mana CD mahupun penstriman digital
- Tokyo Mix
- Digunakan dalam kaset album Legenda
- Versi CD album hanya dimuatkan dalam keluaran semula Legenda (2000), Legenda XVXX (2006) & 25 Years Box Set (2010)
- Extended Mix
- Durasi asal kaset single lebih panjang
- Digunakan dalam CD keluaran pertama Malaysia & juga edisi Jepun tetapi durasinya telah disunting
- Edisi Jepun diberi nama “R.A.P Mix”
- Versi ini dikekalkan untuk rilisan semula album Legenda 2018 dan selanjutnya
Sumber Rujukan:
*13 APRIL 2025 **UPDATE
Anyway, lagi mengelirukan apabila versi trek lagu Bunyi Gitar yang print dekat belakang cover CD tak match dengan kandungannya. Contoh, “Tokyo Mix” tapi Extended Mix yang keluar. and vice versa .. 🥲