Planet Sheila Majid 🪐 Academy

Get your education on all things Sheila Majid through our news and articles.

Academy

Bunyi Gitar (1989): Single Pertama Di Malaysia

by | Mar 31, 2024 | 2 comments

Dilancarkan pada 16 November 1989, Sheila Majid merupakan penyanyi pertama di Malaysia yang menghasilkan single melalui kaset Bunyi Gitar. Single ini mengandungi lagu-lagu dari album Legenda yang akan datang pada masa itu iaitu Bunyi Gitar & Tiru Macam Saya. Sebanyak 15k unit laris dijual dalam masa 11 hari pertama1. Lebih menarik lagi, terdapat versi istimewa Bunyi Gitar (Extended Mix) turut dimuatkan dalam single tersebut.

Trivia 🎶 :

  1. Versi Asal (Original Version)
    • Hanya terdapat dalam kaset single
    • Tidak pernah dikeluaran dalam mana-mana CD mahupun penstriman digital
  2. Tokyo Mix
    • Pertama kali diperkenalkan menerusi album ekslusif Jepun, Sinaran (1989)
    • Digunakan dalam kaset album Legenda
    • Versi CD album Legenda hanya dimuatkan dalam keluaran semula Legenda (2000), Legenda XVXX (2006) & 25 Years Box Set (2010)
  3. Extended Mix
    • Durasi asal kaset single adalah lebih panjang
    • Digunakan dalam CD Legenda keluaran pertama Malaysia & juga edisi Jepun tetapi durasinya telah disunting
    • Edisi Jepun diberi nama “R.A.P Mix”
    • Versi ini dikekalkan untuk rilisan semula album Legenda 2018 dan selanjutnya

Sumber Rujukan:

  1. Berita Harian: 26 November 1989 ↩︎

2 Comments

  1. Adam Luhrmann

    *13 APRIL 2025 **UPDATE

    Anyway, lagi mengelirukan apabila versi trek lagu Bunyi Gitar yang print dekat belakang cover CD tak match dengan kandungannya. Contoh, “Tokyo Mix” tapi Extended Mix yang keluar. and vice versa .. 🥲

    Reply
  2. Luke Akim

    Very detailed and informative by Adam as usual.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *